24.05.12♥
Monday, 4 June 2012 | 20:45 | 0 Words
ASSALAMMUALAIKUM
Alhamdulillah hari ni dapat juga aku post.. setelah aku sibuk memanjang.. still sibuk sebenarnya.. tapi takpa lah.. post sikit ja..
Sebenarnya salah seorang sahabat seperjuangan kami telah berpindah ke Sandakan.
She is Nurul Nadiah Mohd Edir. Seorang yang sangat baik hati, sopan-santun dan pandai. Kehilangan dia membuatkan kami berasa suatu kehilangan yang sangat besar dalam hidup kami. Nadiah pindah kerana mengikuti bapanya yang naik pangkat. Nadiah seorang yang taat akan ibubapanya dan dia akur akan pemergiannya ke Sandakan.
Nadiah, An-Nuur Generation sayang kau, Family An-Nuur sangat merindui kau.
Hari terakhir kami bersamanya ialah pada 24 Mei 2012. Masa pulang kelas 3 An-nuur dibanjiri dengan tangisan muslimat 3 An-Nuur. Apa tidaknya, kami bersama dengan Nadia 2 tahun lebih. Kami bersama-samanya masa suka & duka.
~Terima kasih Nadiah kerana hadir dalam hidup kami dan menghiasi ceritera kami, Dimana pun kau berada Allah tetap bersamamu dan kami tetap menyayangimu~
Episod perpisahan diteruskan lagi dengan kepergian Teacher Susan. Teacher pindah ke Sarawak kerana disitulah kampung halamannya. Seorang guru science yang sangat kami sayangi. Setiap kali waktu science, mesti kami akan buat investigation. Teacher Susan juga seorang ceria dan membuatkan kami seronok dan faham mempelajari SC. Terima kasihbanyak teacher kerana banyak tunjuk ajar kat kami. Terima Kasih banyak teacher sebab walaupun teacher nak pindah tapi teacher tetap tinggalkan ilmu teacher dekat kami. Terima kasih teacher atas segala-galanya.
Kepada Nadiah & Teacher Susan harap-harap kita dapat jumpa lago.
We love u.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Have faith with HIM.
with ♥, An-Nuur Generation.







