Little London Girl



Terima Kasih Banyak Wahai Ibuku
Monday, 14 May 2012 | 03:28 | 0 Words

ASSALAMMUALAIKUM

1st, hari ni agak sunyi sedikit sebab family dah kurang jadi 29 orang. Kehilangan Afiqah masih sangat kami rasai. Takpa lah, moga dia bahagia kat sana. Kami kat sini sebaiknya mendoakan kejayaan dia sahaja. Yang penting An-Nuur Generation kena terus berjuang.!





Pada 13 Mei setiap tahun merupakan hari ibu yang disambut untuk menghargai ibu-ibu sedunia. Moga dengan adanya hari ibu ini akan membuat ana-anak lebih menghargai ibu mereka.  

 شكرا جزيلا يا أمي  
Terima Kasih Banyak Wahai Ibuku



Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.
Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.
Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.
Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.
Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.
Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.

Terima kasih banyak ibuku.
Moga suatu hari aku akan pulang rumah dengan kejayaan yang selalu kau doakan buatku.


"Kasih ibu membawa ke syurga"


Himpunan gambar sempena hari Ibu.





















Hargailah ibu anda bukan hanya pada Hari Ibu tapi seumur hidup anda.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan seorang Malaikat yang bergelar "Ibu" buat kita
Bagi yang telah tiada ibu atau ayah di dunia ini marilah kita sama-sama panjatkan doa buat mereka. Semoga mereka berada bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah..



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 


By : Nur Halawatul Iman
www.facebook.com/nurfathinnadhirah


-Past- | -New-


)