Little London Girl



Program Bicara Madihah : Suntikan semangat buat kami
Monday, 5 March 2012 | 03:40 | 1 Words
Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah.

I love you Allah







Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat saja & dirahmati Allah selalu.
Before kita pergi ke tajuk utama , aku nak cerita apa yang telah berlaku sekitar seminggu lepas.
Pada 27 Februari 2012 :  Semua pelajar kelas 3 An-Nuur bersama pelajar kelas 3 Ar-Rahman telah menjadi ketua (koir) dalam perhimpunan lepas. Kami menyanyikan
Lagu Negaraku, Lagu Sabah, Lagu Sekolah & Lagu Malaysia Berjaya.

Pada 28 Februari 2012 :  Lawatan dari SMK Sanzac ke SMK Putatan. Ohya, pada 28/2 ni juga birthday Azizan. Senah Helwa zizan !

Jayyid, sekrang berbalik kepada tajuk utama. Mungkin ada lagi yang tak kenal Kak Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal dan Mariani. Dia ni pelajar cemerlang SPM 2009. Result dia dapat 20A1.
Kak Madihah ni bestfriend dengan Arwah Abang Ilham.
Dorang sama-sama belajar dalam bidang perubatan di Jordan.
Arwah Abang Ilham actually bekas pelajar SMKP.
Dia sekolah kt SMKP dari form1 smpai form 3.
Tapi abang ni bagus tau sebab setiap kali cuti dia PASTI akan melawat SMKP.
Baiklah, kembali kepada cerita Kak Madihah, seorang anak nelayan dan mempunyai 4 orang adik-beradik.
Walaupun kini beliau telah menjadi Ikon Malaysia namun, beliau tidak sesekali pernah bersikap sombong dan bongkak atas kejayaannya.

Kak Madihah bukan sahaja bagus dari segi akademiknya, akan tetapi sahsiahnya juga terpuji.
Meskipun beliau belar diluar negara namun beliau tidak pernah lupa darimana beliau berasal.
Kasih sayang beliau terhadap ibubapanya sangat dalam dan beliau amat menjaga hubungan beliau dengan Allah dan juga sesama manusia.

Beliau dapat membuktikan bahawa latarbelakang bukanlah alasan untuk kita mencapai kejayaan.
Mudah-mudahan kejayaan beliau akan bertambah lagi selepas ni.
Mudah-mudahan juga beliau dapat menjadi contoh buat kaum muslimat yang ada dimuka bumi ini agar mencontohi beliau.
Belajar bukan untuk dunia sahaja, tapi untuk akhirat juga.



Tips : 
Apa yang saya FIKIR,
Apa yang saya CAKAP,
Apa yang saya RASA,
Itulah doa,
Pasti terjadi !









Mari kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Abang Ilham Elani Bin Jamal Sulai.
Semoga rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

-Past- | -New-


)